Wednesday 18 May 2011

Saiful Bukhari berak lalu mulut?

Sebenarnya ReJaM© malas dah nak ambil tahu tentang perbicaraan liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan, individu yang melonjak naik namanya secara tiba-tiba di seluruh Malaysia apabila mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim secara paksa walaupun dia sendiri yang membuka seluarnya dan bertuala sebelum dia mendakwa Anwar meliwatnya dengan secara paksaan.

Isu liwat ini dilihat terlalu lucah dan lawak, sukar untuk diterima akal, sekiranya ReJaM© meneruskan untuk menulis tentang isu ini, ia hanyalah menjadi bahan ketawa yang lucu dan tidak masuk akal. Setiap kali perbicaraan ada sahaja cerita lawak yang muncul dari Saiful Bukhari, manakala Anwar Ibrahim pula dilihat menggunakan isu liwat ini sebagai talian hayatnya untuk memenangi PRU 13. Lantas mencari jalan agar perbicaraan ini terus berlanjutan.

Isu liwat yang tidak masuk akal ini bakal memberikan kelebihan kepada Anwar kerana rakyat jelas sekali sudah muak dengan kenyataan demi kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh Saiful Bukhari Azlan.

24 Jun jumpa PM, 26 Jun masih kena liwat. Pernah ingin membunuh diri kerana tertekan akibat diliwat, tapi 26 Jun tetap diliwat. Bercinta dengan salah seorang dari pasukan pendakwaraya yang mendakwa Anwar Ibrahim, dan banyak lagi termasuklah mengaku duburnya sakit, bila diperiksa duburnya sihat tiada sebarang tanda kecederaan malah dia mengeluarkan jawapan bangang apabila ditanya oleh peguam Anwar Karpal Singh iaitu "Saya tidak nampak dubur saya sendiri".

Salah satu kenyataan lucu Saiful Bukhari Azlan sepanjang perbicaraan di mahkamah ialah, dia telah menahan berak selama dua hari kononnya untuk menyimpan air mani anwar yang dipancutkan ke dalam lubang duburnya. Namun apabila diperiksa oleh doktor doktor tersebut mengesahkan bahawa lubang dubur dan rektum (sarung taik Saiful) kosong.

Hari ini di dalam perbicaraan di mahkamah sekali lagi Doktor berkenaan Dr Razali Ismail yang juga merupakan seorang pakar bedah menegaskan dan mempertahankan kenyataannya yang lalu iaitu, dubur Saiful Bukhari kosong. Persoalannya, jika benar dia menahan taiknya dengan cara tidak berak selama 3 hari, ke mana hilangnya taiknya?



Persoalan ini menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti Saiful Bukhari di dalam mengeluarkan kenyataan. Jelas sekali terlalu banyak keraguan ditimbulkan. Kalau benar 3 hari tak berak, takkan taik boleh hilang? Mungkinkah Saiful berak lalu mulut kerana bimbang taiknya akan menyingkirkan air mani yang didakwanya melekat di duburnya?

Rektum (Tempat simpan taik) Saiful Bukhari kosong walupun 3 hari tak berak, logik atau tak logik? Tong taik Saiful kosong! Adakah makanan yang dimakannya dalam tempoh 3 hari langsung tidak menjadi taik? Adakah makanan di dalam perut Saiful mengambil masa lebih 3 hari untuk diproses menjadi taik?

Mengikut ilmu sains sekolah rendah, makanan yang dimakan akan mengambil masa 4 jam untuk diproses menjadi tinja (taik). Sekiranya benar, maka Saiful boleh direkodkan sebagai manusia pertama mengalami proses taik yang lambat. Atau dia boleh direkodkan sebagai manusia pertama di dunia yang mempunyai sistem penghadaman yang terbaik iaitu semua makanan yang dimakannya menjadi daging dan zat yang berguna untuk badanya. Tiada sedikit pun makanan yang bertukar menjadi taik.


Sumber: Malaysiakini

Tuesday 17 May 2011

APA SEBENARNYA YG BERLAKU DALAM NEGARA KITA PADA 13 MEI 1969..??



UMNO senantiasa melagu-lagukan kesah 13 may 1969 bagi mengingatkan bangsa melayu tentang ancaman DAP terhadap Bangsa Melayu yg dikasihinya...!!!

Balik2 13 mei...???

Wakaka...!!! UMNO, tu cerita lama lah..??
Anak muda sekarang dah tahu apa puncanya berlaku 13 mei.. anak2 muda baca keratan akhbar pada 13 mei 1969... boleh didapati di Arkid Negara Malaysia...

UMNO ingat semua orang semua melayu percaya ker dgn laporan berita akhbar tu semua......

Bagi kami generasi muda semuanya bohong belaka sebab cuba kita perhatikan corak pemberitaan akhbar hari ni sama jer putar belitnya hari2...

Justeru itu anak muda dah buat kesimpulan bahawa berita 13 mei dulu pun sama sahaja diputar belitkan oleh BN semata2 utk buat huru hara dan boleh istihar darurat then UMNO / BN boleh ambil alih semua kawasan pilihanraya yg pembangkang menang di kuala lumpur pada ketika itu...

Buat pengetahuan UMNO, kalaulah akhbar sekarang ni telus dan tak memihak sudah tentu berita 13 mei 1969 tu kami akan percaya 100%..

Tapi tengok jer lah Paper dan tv kerajaan sekarang ni merepek2 jerr.. banyak putar belit, spin berita..

Justeru itu anak muda zaman berikrar menolak kesemua kesah 13 mei yg didendangkan kepada kami setiap masa oleh UMNO dan media kerajaan serta manganggap berita cina DAP yg mencetuskan rusuhan kaum 13 mei tahun 1969 adalah rekaan UMNO / BN bagi mengekalkan kuasa..

Manusia tak boleh selamanya ditipu kerana fikrah manusia sentiasa mencari kebenaran dan akan merasa harga diri serta maruah mereka tercabar bila mereka ditipu bulat2..

Kami anak muda berasa amat pelik sekali kenapa masih wujud lagi manusia2 dalam UMNO yg tidak jemu2 melagu2kan kesah 13 mei ini.. Sedangkan kita semua nampak bahawa berita di tv dan akhbar milik UMNO ? BN memang tak boleh dipercayai lansung.. Media semuanya milik kerajaan dan memihak kepada UMNO / BN... Adakah puak2 UMNO suka ditipu sepanjang masa..??

Bagi saya dan ramai anak2 muda di luar sana tidak rela ditipu dan dipermain2kan.. kerana kami masih mempunyai akal fikiran yg waras dan mempunyai maruah...!!!

Kami tidak boleh dibeli dgn wang ringgit dan jawatan..
Dan Yang Paling Penting Sekali Rezeki kami datang Dari Allah Bukan Dari UMNO..

Saturday 14 May 2011

Polis: Tiada keperluan dedah identiti pelaku video

klik sini...

tak kan nak tunggu PRU13 kot baru nak dedah..?? dah lama dah tektik ni..jangan bermain dengan gila..

Anwar kata lagi kepimpinan Umno 'pandi kutty'

Ketua pembangkang dan juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan corak kepimpinan Umno tak ubah seperti 'pandi kutty' di dalam sesi ceramahnya di Bukit Katil, Melaka malam semalam.

Biarpun suasana agak tengang dengan provokasi yang dijalankan ratusan penyokong BN yang dipisahkan hanya sebatang jalan namun majlis yang dirancang tetapi diteruskan seperti biasa.

Menurut Anwar, budaya yang diamalkan Umno sama sekali bertentangan dengan orang-orang Melayu yang dianggap penuh beradap sopan.

"Bila saya tuduh Umno amalkan budaya 'pandi kutty mereka marah, tetapi sekiranya Umno membunuh orang, mengamalkan rasuah, zalim dengan rakyat, ambil kekayaan negara, tindas rakyat, orang inilah yang menjalankan politik 'pandi kutty'.

"Memang dari segi bahasanya makna 'pandi kutty' itu adalah anak babi tetapi maksud sebenarnya adalah bodoh. Saya tidak kata Najib tetapi sekiranya terasa, dia punya pasallah," katanya kepada ribuan hadirin.

Menurut Anwar, di dalam sejarah sejak zaman kesultanan Melayu Melaka tidak ada orang yang diaibkan dan dicerca sepertinya.

"Tetapi saya sehinga sekarang hari-hari dicerca dan diaibkan tetapi saya bersyukur mana-mana saya pergi sambutan masyarakat begitu baik terhadap saya.


Budaya Melayu

"Mana ada di dunia yang mencerca sebegini biarpun mengambil contoh dunia Arab sekalipun atau mengambil budaya Cina yang ribuan tahun ketamadunannya tidak mencerca orang seperti ini.

"Budaya Melayu pun begitu tetapi hanya pimpinan di Umno sahaja yang dilihat begitu terdesak menghina saya," katanya.

Menurut beliau, jikalau menyorot kisah di dalam Buku Sejarah Melayu ada terkandung kisah budaya masyarakat dan pemimpin Melayu yang sepatutnya diamalkan.

"Jika dibaca sejarah Melayu ada tercatat kisah Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun, di mana perjanjian antara rakyat dan raja atau pemerintah.

"Rakyat mesti taat kepada pemerintah, jangan derhaka manakala raja mesti adil jaga kepentingan rakyat, kalau rakyat laku kesalahan walau sebesar mana pun jikalau ditakdirkan dia salah, dijatuhi hukuman bunuh pun maka ikutlah syarak.

"Ini sebenarnya budaya Melayu, maknanya salah atau benar pun perlu rujuk syarak, bukan rujuk nafsu, bukan tabur fitnah, bukan caci orang.

"Tapi jikalau salah bagaimana pun, jangan sesekali pemerintah aibkan hambanya. Jaga maruah dia, kalau aibkan juga mala petaka akan menimpa.

"Budaya Melayu tidak suruh, hanya budaya Umno sahaja yang mengamalkan cara sebegini," katanya.