Sebenarnya ReJaM© malas dah nak ambil tahu tentang perbicaraan liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan, individu yang melonjak naik namanya secara tiba-tiba di seluruh Malaysia apabila mengaku diliwat oleh Anwar Ibrahim secara paksa walaupun dia sendiri yang membuka seluarnya dan bertuala sebelum dia mendakwa Anwar meliwatnya dengan secara paksaan.
Isu liwat ini dilihat terlalu lucah dan lawak, sukar untuk diterima akal, sekiranya ReJaM© meneruskan untuk menulis tentang isu ini, ia hanyalah menjadi bahan ketawa yang lucu dan tidak masuk akal. Setiap kali perbicaraan ada sahaja cerita lawak yang muncul dari Saiful Bukhari, manakala Anwar Ibrahim pula dilihat menggunakan isu liwat ini sebagai talian hayatnya untuk memenangi PRU 13. Lantas mencari jalan agar perbicaraan ini terus berlanjutan.
Isu liwat yang tidak masuk akal ini bakal memberikan kelebihan kepada Anwar kerana rakyat jelas sekali sudah muak dengan kenyataan demi kenyataan bercanggah yang dikeluarkan oleh Saiful Bukhari Azlan.
24 Jun jumpa PM, 26 Jun masih kena liwat. Pernah ingin membunuh diri kerana tertekan akibat diliwat, tapi 26 Jun tetap diliwat. Bercinta dengan salah seorang dari pasukan pendakwaraya yang mendakwa Anwar Ibrahim, dan banyak lagi termasuklah mengaku duburnya sakit, bila diperiksa duburnya sihat tiada sebarang tanda kecederaan malah dia mengeluarkan jawapan bangang apabila ditanya oleh peguam Anwar Karpal Singh iaitu "Saya tidak nampak dubur saya sendiri".
Salah satu kenyataan lucu Saiful Bukhari Azlan sepanjang perbicaraan di mahkamah ialah, dia telah menahan berak selama dua hari kononnya untuk menyimpan air mani anwar yang dipancutkan ke dalam lubang duburnya. Namun apabila diperiksa oleh doktor doktor tersebut mengesahkan bahawa lubang dubur dan rektum (sarung taik Saiful) kosong.
Hari ini di dalam perbicaraan di mahkamah sekali lagi Doktor berkenaan Dr Razali Ismail yang juga merupakan seorang pakar bedah menegaskan dan mempertahankan kenyataannya yang lalu iaitu, dubur Saiful Bukhari kosong. Persoalannya, jika benar dia menahan taiknya dengan cara tidak berak selama 3 hari, ke mana hilangnya taiknya?
Persoalan ini menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti Saiful Bukhari di dalam mengeluarkan kenyataan. Jelas sekali terlalu banyak keraguan ditimbulkan. Kalau benar 3 hari tak berak, takkan taik boleh hilang? Mungkinkah Saiful berak lalu mulut kerana bimbang taiknya akan menyingkirkan air mani yang didakwanya melekat di duburnya?
Rektum (Tempat simpan taik) Saiful Bukhari kosong walupun 3 hari tak berak, logik atau tak logik? Tong taik Saiful kosong! Adakah makanan yang dimakannya dalam tempoh 3 hari langsung tidak menjadi taik? Adakah makanan di dalam perut Saiful mengambil masa lebih 3 hari untuk diproses menjadi taik?
Mengikut ilmu sains sekolah rendah, makanan yang dimakan akan mengambil masa 4 jam untuk diproses menjadi tinja (taik). Sekiranya benar, maka Saiful boleh direkodkan sebagai manusia pertama mengalami proses taik yang lambat. Atau dia boleh direkodkan sebagai manusia pertama di dunia yang mempunyai sistem penghadaman yang terbaik iaitu semua makanan yang dimakannya menjadi daging dan zat yang berguna untuk badanya. Tiada sedikit pun makanan yang bertukar menjadi taik.
Sumber: Malaysiakini